Sunday

Rahsia Personaliti Diri

Assalammualaikum
chackk >.< !!
Hyep korang. .lama bebeno dah Asz tak mengupdate blog yang terbiar nie. .
sob,sob,sob. .kesian blog nie. .
Sibuk sana sini lah katakan. .sibuk dengan projek berjuta-juta hengget. .haha 
merepek je :D
Okay, hari ni Asz berkesempatan nak update tentang personaliti diri.
Asz berpersonaliti ( B ) dan ( F ) tau. .toink-2
Cuba check, korang pulak berpersonaliti yang mana. . 
Jenuh rasa tangan nak menaip. .pinggang pun nak patah rasanya
* nampak beno pemalasnye -_- haha. .
Satu lagi, nie bukan blog baru ye.
Cuma entry yang lama terpaksa dibuang atas sebab yang tertentu. .* ada gak gitu eh. .haha. .
Dah-2 banyak cakap pula Asz nie kan. .jom baca. .tak nak baca pun buat-2 nak je lah eh eh. .hihi

A) Personaliti Periang
Seseorang yang riang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu, bergaul dgn orang itu  adalah sumber kebahagiaan dalam hidup. .Mereka biasanya ;

1)  berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.
2)  lebih mudah berhubung dgn dunia luar berbanding dengan dunia dlm diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri.
3) lebih suka berbincang dgn orang lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri.
4)  lebih banyak bercakap dari mendengar.
5)  berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah.
6)  gemar dengan aktiviti keramaian.
7)  Happy go Lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak.

B) Personaliti Pendiam 
Bersifat :
1)  lebih suka menyendiri.
2)  sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai.
3)  mudah merasa di ketepikan dalam keramaian.
4) lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian.
5) menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu.
6) seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain.

C) Personaliti Perasa
Bersifat :
1)  mahu jawapan yang pasti dan tepat.
2)  suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak.
3)  suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak.
4) mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah dlm berhadapan dengan perkara remeh temeh.
5)  lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir melakukan sesuatu.
6)  kurang mempunyai firasat.

D) Personaliti Peramal
Bersifat : 
1)  gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.
2)  selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru.
3)  tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh.
4)  gemar belajar mengenai perkara baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut.
5)  sering memberi jawapan berbentuk umum.
6) gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa.
7)  banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan.
8)  suka menguji kebolehan orang lain.

E) Personaliti Pemikir 
Bersifat : 
1)  mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang.
2)  sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik.
3)  yang penting dia mestilah benar setiap masa.
4)  kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik.
5)  baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi.
6)  suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

F) Personaliti Sensitif
Bersifat :
1)  sering membayangkan diri mereka dalan situasi yang dialami oleh orang lain. .Lebih mudah simpati dengan perasaan, kehendak dan kesukaan orang lain.
2)  dalam membuat keputusan, sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul.
3)  suka menolong orang lain walaupun tahu diri mereka dipergunakan.
4)  tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
5)  akan melakukan apa sahaja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.

- Asz -



Suka??Like,Komen n Follow Ye:D